Nataschafuhr.com

SL 8 PASIR PANTAI Apabila menghampiri pantai Berbera Caafi Saxardiid Xaaji Cismaan akam berubah jadi pemandu rally

SL#8: PASIR PANTAI
Apabila menghampiri pantai Berbera, Caafi Saxardiid Xaaji Cismaan akam berubah jadi pemandu rally. Dalam keseronokan ke kiri dan ke kanan, sambil meredah lecak yang memercik ke muka Hanan Fauzi, co-drivernya, kami pun terus meluru mengikut jejak tayar kenderaan 4WD sebelum ini untuk melihat tapak resort yang sedang dalam pembinaan.
Tiba2 pasir semakin menimbus tayar kereta kami. Cubaan pantas keluar dari kereta dan meninggalkan pemandu sahaja pun tak menjadi. Akhirnya datanglah beberapa orang nomad sedang menggembala unta mereka cuba membantu.
Aku dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi baru saja habis mandi laut. Nak mudah, kami pakai pelikat sajalah. Bila tengok gambar ni semula, terasa seperti kami dah berbudaya Somali memakai pelikat sbg pakaian harian mereka. Kebanyakan mereka pakai kain samarinda dari Indonesia.
Akhmal Mohd Noor yang sedang pening kepala waktu itu tak ikut kami mandi. Dia berbual dengan Hanan. Kalau semua pakai pelikat lagi 'osem'.
Akhirnya kereta pun selamat. Berpeluh dibuatnya. Mencungap pun ada. Yalah dah lama tak kerja kuat, asyik ngadap komputer je. Orang nomad tak nampak pun mengah. Mereka pun panggil kami tengok anak unta yang berusia 2 hari, baru nak stabilkan diri berjalan. Sempatlah tengok ia disusukan.
Sejak insiden ini, pemandu kami sudah insaf.
#melayudisomaliland

  2021-08-25     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name