Nataschafuhr.com

SL 10 BARANG LARANGAN Di Hotel Barwaaqo tempat aku menginap di Berbera hari itu sempat aku snap gambar ini

SL#10: BARANG LARANGAN
Di Hotel Barwaaqo tempat aku menginap di Berbera hari itu, sempat aku snap gambar ini. Ia bermaksud semua barang ini adalah barang larangan.
Nah, tengok saja notis ini khususnya pada simbol sebelah kiri atas dan bawah, nampak takut bukan? Seolah-olah senjata adalah barang yang sentiasa terselit di pinggang. Senapang adalah mainan kanak-kanak yang naik trak seperti dalam filem Black Hawk Down.
Sebelum aku cerita lanjut, biar aku terangkan pula simbol di tengah itu. Dilarang bawa masuk Qat. Siapa tak beli buku aku lagi, bolehlah beli untuk baca kisah daun Qat ini.
Simbol rokok maklum sudah. Jadi, semua ini dikategori dalam barang larangan kerana ia merbahaya.
Alhamdulillah ramai sudah sedar betapa bahayanya tabiat kunyah Qat. Bila dia dah 'high', sama macam bawa penumpang Grab balik dari Bukit Bintang, cakap entah apa-apa. Apa yang dibuat pun tak disedari.
Senjata memanglah bahaya. Cuma benar ke mereka ada bawa senjata? Jawapannya tidak. Ini semua kesan daripada peperangan 25 tahun dahulu. Sejak mereka aman, psikologi mereka masih bimbang akan berlaku kacau bilau yang dahulu.
Di hotel dan rumah2 mereka juga dipagari tembok dengan dawai berduri. Dari jauh umpama penjara. Oh ya, ada juga tembok macam rumah zaman aku kecil2 dahulu. Jiran aku orang Cina letak serpihan kaca disimenkan pada puncak tembok.
Semua ini hanyalah kesan psikologi kerana kebanyakan mereka mengatakan apa2 pun boleh terjadi, jadi mereka hanya bersiap sedia kerana pernah melalui keperitan hidup berperang. Namun, hingga kini tidak pula didengari kes tembak menembak, rompak, ceroboh rumah dan seumpamanya.
Jangan risau lebih2 sangat ya.
#melayudisomaliland

  2021-08-25     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name