Nataschafuhr.com

Semalam selepas menonton Tayangan Perdana kalamkalamlangit aku dan Huzaifah Ahmad pun berbual

Semalam selepas menonton Tayangan Perdana #kalamkalamlangit, aku dan Huzaifah Ahmad pun berbual.
Almaklum kami berdua suka melihat detail fotografi dan sinematografi, jadi perkara itu yang pantas terpacul dari mulut. Pendek kata, latarbelakang Lombok dapat digambarkan dengan baik. Atiqah Ahmad Fiuzz Hafiz Saini Naziatul Azrin mesti lebih pandai mengulas hal ini.
Kebetulan pula aku sedang siapkan poster travel ke Lombok yang diminta R Mohd Hafiz. Filem ini mampu menjerat nafsuku untuk terjun ke dalam lautan biru kehijauan yang kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut.
Filemnya berkisar tentang dilema menyertai pertandingan tilawah al-Quran. Sama seperti iklim Malaysia yang berebut menjadi daie menerusi program realiti tv, ia berjaya memaparkan betapa jijiknya penunggang agama.
Kritikan sosial menerusi paparan kehidupan di pesantren sedikit sebanyak menggambarkan realiti sebenar manusiawi. Pujian boleh diberikan apabila institusi agama tidak dikuduskan semudah namanya. Hakikatnya yang menggerakkannya tetap manusia, punya naluri, perasaan, dan nafsu. Maka, ingin bercinta dan dicintai, rakus mencari gelar dan macam-macam lagi adalah normal.
Bagi penggemar filem Islamik penuh mesej karya Indonesia mahupun Iran macam aku, tidak hairan apabila melihat pelakonnya sentiasa mengenakan tudung dalam setiap scene. Menontonnya membuatkan aku berharap seniman Malaysia juga mampu menghasilkan filem yang setara atau lebih baik daripada ini.
Ada beberapa scene yang boleh diperbaiki mutunya tak perlu aku kongsikan di sini. Aku jenis tak suka orang ceritakan semua intipati filem yang bakal aku tonton, jadi aku pun tak mahulah ceritakan.
Boleh tonton di pawagam bermula 15 Sept ini. Satu-satunya filem yang mampu membuatkan anda rasa betapa Quran itu harus sentiasa dekat di hati dengan melazimi membacanya.

  2021-08-26     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name