Nataschafuhr.com

Selamat hari guru Buat ibu Nooraini Zakaria dan abah Abd Hadi Shafie

Selamat hari guru,
Buat ibu Nooraini Zakaria, dan abah Abd Hadi Shafie.
Yang mengajar erti kehidupan,
Yang tanpa henti menunjukkan jalan,
Yang senantiasa memberikan sokongan,
Tanpa jemu, tanpa lelah.
Terima kasih ibu, terima kasih abah.
Buat Along, Kakak dan Adik,
Yang sentiasa ada,
Dalam suka dalam duka,
Memberi nasihat dan galakan,
Memberi pujian dan kritikan,
Terima kasih.
Juga buat guru,
Yang mengajar aku dari tadika hingga peringkat ijazah,
Jasa kalian tak termampu untuk diungkapkan,
Salam hormat buat kalian,
Terima kasih.
Buat teman,
Yang menjadikan kehidupan ini sebagai pentas pembelajaran,
Yang sentiasa ada menjadi peneman,
Walau kadang kita punya perbezaan,
Kalian juga guru dalam kehidupan,
Aku takkan pernah lupakan kalian.
Terima kasih.

  2021-08-14     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name