Nataschafuhr.com

Saya sering terima tomahan kesian takde anak lagi eh kesian tak boleh mengandung lagi

Saya sering terima tomahan, kesian takde anak lagi, eh kesian tak boleh mengandung lagi. Itu adalah satu²nya cara untuk seseorang itu cuba menghina saya. Bila sudah habis bicaranya, dihinanya saya tak mampu beranak ramai. SubhanaAllah.
Saya hanya perlu ucap Alhamdulillah. Terima kasih kerna cuba menyakiti hati nurani saya. Saya masih bersyukur, saya sudahpun punya seorang Imam kecil yang mendengar kata dan saya bersyukur ada seorang suami yang penyayang. Cuma buat masa ini, belum lagi saya ketahui rezeki zuriat yang seterusnya. Itu semua rahsia Allah.
Buat hamba Allah yang suka mempersoalkan soal rezeki dan zuriat org lain, mungkin kalian ibu yg baik budi pekerti sehinggakan kalian mampu menguruskan anak dan keluarga lebih elok dan sempurna dari saya. Penghinaan kalian adalah satu peringatan bahawa Allah swt tidak tidur dan menyaksikan segalanya. Rezeki hidup kita bukanlah anak sahaja.
Kadangkala saya lebih simpati pada wanita² lain yang punya ramai anak, blh beranak setiap tahun, tetapi suami merrka dalam diam main skandal perempuan lain di belakangnya. Itu lebih sedih sebenarnya, terpaksa hidup dengan hakikat suami berskandal dgn wanita yang haram buat mereka.
Dari situ saya belajar sesuatu, bersyukurlah kita atas apa jua yang ada. Mungkin org itu kuat dgn ujian suami main cinta perempuan lain, tp Allah beri mereka anak yang ramai. Saya pula mungkin lebih kuat tidak mudah mengandung, tp suami saya baik beragama. Alhamdulillah.
Cacian manusia, adalah tarbiah bahawa saya perlu lebih banyak bersyukur dan berfikir. Dan mengingatkan saya jangan mudah menghina manusia kerna semua yang kita punya adalah milik Allah swt.

  2021-09-11     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name