Nataschafuhr.com

S Berapa minimum amaun untuk seseorang dibankrapkan

S: Berapa minimum amaun untuk seseorang dibankrapkan?
J: Penghutang boleh dibankrapkan jika hutang mereka melebihi RM30,000. Sebelum tahun 2004, jumlahnya lebih rendah iaitu RM10,000.
S: Apakah prosedur yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap?
J: 1) Perlu dapatkan Penghakiman ( Penghakiman Ingkar atau Persetujuan) dari Mahkamah. Sebelum mendapatkan penghakiman, perlu buat notis tuntutan dan failkan saman di Mahkamah.
2) Failkan Permintaan untuk mengeluarkan Notis Kebankrapan (Perlu sertakan Penghakiman) dan Notis Kebankrapan.
3) Buat serahan Notis Kebankrapan. Perlu buat serahan kediri. Jika tidak berjaya, perlu mohon ke Mahkamah untuk penyampaian ganti. (Penyampaian ganti lebih tinggi kosnya kerana perlu buat pengiklanan di akhbar tempatan, tampalkan Notis kebankrapan di alamat terakhir penghutang penghakiman yang diketahui dan penampalan di papan kenyataan Mahkamah Tinggi).
4) Failkan Afidavit penyampaian dan buat serahan semua dokumen ke Jabatan Insolvensi.
5) Bayar deposit RM2,000 ke Jabatan Insolvensi. Jika bankrapkan diri sendiri, deposit yang perlu dibayar adalah RM1,500
6) Failkan petisyen pemiutang dan afidavit menentusahkan petisyen pemiutang. Mahkamah akan berikan tarikh bicara petisyen pemiutang selepas petisyen pemiutang tersebut diekstrak dari Mahkamah.
7) Buat serahan Petisyen Pemiutang. Rujuk no 3.
8) Setelah berjaya buat serahan, failkan Afidavit penyampaian dan hantarkan semua dokumen berkaitan ke Jabatan Insolvensi.
9) Pada tarikh perbicaraan, jika semua dokumen teratur, Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman akan direkodkan.
10) Setelah itu, failkan bukti hutang dan proksi am ke Jabatan Insolvensi.
11) Jabatan Insolvensi akan tetapkan Mesyuarat Pemiutang.
*** Ini prosedur asas dan ringkas. Jika penghutang penghakiman lantik peguam, prosesnya lebih panjang.
;)

  2021-10-27     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name