Nataschafuhr.com

Perlahan lahan kereta kami masuk ke perkarangan rumah banglo lama di tengah tengah bandar Georgetown

Perlahan-lahan kereta kami masuk ke perkarangan rumah banglo lama di tengah-tengah bandar Georgetown. Teratak usang itu milik seorang tokoh istimewa yang pernah aku kenali sejak sekolah menengah.
Selepas parkir, kaki melangkah tenang masuk ke rumah. Walaupun sunyi, jelas terasa ketenangan hidup seorang pejuang. Di ruang tamu penuh dengan buku-buku. Di situlah kami bertemu dengan pejuang hak konsumer yang dikenali hanya berpakaian putih sepanjang masa.
Dialah SM Idris yang buat kali pertama dapat bertemu. Dua pesan utamanya, perangi materialism dan perangi secularism. Ayuh kembali kepada fitrah. Ketegasannya cukup ketara apabila berulangkali aku cuba memberi idea dan dibalas provokasi.
Kesempatan ini, aku hadiahkan buku tulisanku dengan harapan tokoh hebat ini akan memberikan ulasan dan komen kepadaku kelak. Walaupun berumur 89 tahun, tabiat membacanya tidak pernah luntur.
Aku hanyalah tunas yang belum tahu hidup subur atau mati dipijak orang.

  2021-08-27     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name