Nataschafuhr.com

FARINA Skim Cepat Kaya Tidak Semestinya Kalah

FARINA : Skim Cepat Kaya-Tidak Semestinya Kalah.
Apabila seseorang itu meleburkan wang ke dalam skim cepat kaya,potensi wang yang dileburkan itu hangus adalah amat besar.Bukan sahaja kerana risiko tidak mendapat pulangan yang dijanjikan.Malahan,wang prinsipal juga turut hangus sama.
Malahan,jika membawa kes ke pihak berkuasa sekalipun,belum tentu pelebur itu akan mendapat kembali wang mereka.
Kes Bestino ini bukan kes pertama seumpamanya yang pelebur dalam skim cepat kaya gagal di mahkamah.
Beberapa tahun dulu,di Mahkamah Sesyen,Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff membuat keputusan melepas serta membebaskan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan jongkong emas daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga melebihi RM 100 juta.
Malahan,jika menang sekali pun di mahkamah,belum tentu wang yang dileburkan akan dapat kembali andainya penganjur skim cepat kaya sudah pun tiada wang.
Maka,melaburlah dalam instrumen-instrumen kewangan yang diluluskan oleh perundangan Malaysia.Termasuk Skim Berkepentingan yang sah di bawah SSM.
Untuk lebih status pengurusan kewangan peribadi,sertai group fb :
FARINA : Financial Planning.Be Hapiness.

  2021-08-17     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name