Nataschafuhr.com

Dulu aku pernah membebel di sini tentang rumah atas angin yang memberikan kita hakmilik strata

Dulu aku pernah membebel di sini tentang rumah atas angin yang memberikan kita hakmilik strata. Aku pun dah membebel yang pemilikan rumah begini tidak sebebas pemilikan rumah atas tanah.
Ada satu perkara dipanggil 'common property'. Harta ini milik bersama tapi diuruskan satu badan di pangsapuri atau apartment itu. Kena bayarlah untuk mereka jaga harta bersama ini. Bayaran itu dipanggil 'maintenance fee'.
Kalau tak bayar, jadilah macam dalam gambar ini. Ada 3 lif di pangsapuri aku tapi kini tinggal 1 sahaja berfungsi. Tunggulah dua atau tiga trip lif naik turun baru dapat giliran. Lebih-lebih lagi di pagi dan petang waktu orang nak pergi dan balik kerja.
Kezaliman apakah yang tidak disedari penghuni rumah yang tak bayar 'maintenance fee'? Kasihan penghuni lain susah bawa naik barang dapur baru dibeli.
Kalau macam aku yang tak kejar waktu pejabat, tiadalah masalah sangat. Cuma kasihan tengok yang lain. Kalau ada penghuni yang duduk sini juga, tolong semak tunggakan anda. Silap2 lampu koridor dan parking pun tak ada lepas ini.
Semoga Allah lepaskan kita semua dari bebanan hutang. Juga dari menindas dan ditindas.

  2021-08-27     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name