Nataschafuhr.com

Ada beberapa ketika kau akan tersedar betapa pertemuan kita semua ini berlaku secara tak sengaja

Ada beberapa ketika kau akan tersedar, betapa pertemuan kita semua ini berlaku secara tak sengaja. Dari latar belakang yang berbeza-beza, berjumpa di atas matlamat yang sama.
Makan, tidur, berdiskusi, bekerja, berjuang di atas apa yang kita percaya, hampir semua kita hadapi bersama. Pernah kau bayangkan, kita akan berjaya mengharungi semua hingga ke hari ini?
Tapi ini lumrah kehidupan, akan datang satu hari kita terpaksa memilih haluan. Kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk kita terus duduk diatas aturan yang sama.
Hari ini, salah seorang dari kita akan pergi mencari makna kehidupan. Hari ini, kita akan ucapkan selamat tinggal, buat seorang sahabat, seorang teman, seorang aktivis rakyat.
Buat Hijrah Ahmad, moga selamat, moga kuat, moga terus bersemangat! dari kami keluarga #TheBangsArt.
Sehingga berjumpa lagi, sahabat.

  2021-08-14     Admin

(0) Comments

Your Comment

Your Name